Kembara Kelab Audio
Monday, November 16th, 2009Khamis : 12hb November 2009
Berita duka, sebuah kereta ahli kelab tereksiden..
keputusan… G2 akan berkhidmat
Jumaat : 13hb November 2009
Pukul 8.30 pagi kami sudah berada di Jeti Kargo Kuala Kedah untuk menjemput 7 buah kereta Kelab ROCK & FOX Langkawi. Dari Kuala Kedah berkonvoi 10 buah kereta ke Sungai Petani, singgah sarapan di R&R Gurun.
Di Sungai Petani kami disambut oleh pengerusi SPAC :Sungai Petani Audio Club, makan tengahari di Restoren Nasi Kandar Hussain kerana hari Jumaat banyak restoren ditutup. Sempat sms member ‘Renew lesen kat Hussain’. Everything happening.. kali pertama bertemu semua satu kepala…
Lepas hantar geng Langkawi check in kat hotel kami balik ke kedai dan bermulalah aktiviti punggah sana modified sini.. aku balik rumah adik untuk rehat dan mandi. Balik semula ke kedai aku tanya dia.. tukar apa.. dia jawab “pakai 3 buah PA Ameron” ha… (geng audio mesti tau benda nie)
Petang hujan turun dengan lebat, semua resah gelisah, syukur menjelang malam hujan reda dan aktiviti diteruskan di Village Mall. Penyertaan hampir 40 buah kereta dari Sungai Petani, Kuala Ketil, Kangar, Alor Setar dan Seberang Perai.
Selapas road show ada program Tea Tarik & Nasi Lemak Dinihari.. Enjoy makan sambil bertukar-tukar cerita, aktiviti semasa serta teknologi terbaru dan terkini.
Sabtu : 14hb November 2009
4.30 petang – 10.30 malam
Expo Belia Niaga, Pokok Sena.
Hujan lebat sepanjang perjalanan. Ada kenderaan yang tidak dapat sampai kerana tersangkut dengan laluan banjir dan ada yang terpaksa berpatah balik. Tetap meriah dengan lebih 20 buah kereta yang sampai.
Projek terbaru : VAN AUDIO, sebuah van yang dilengkapi sistem audio. Ini bukan kerja gila tapi BISNES STRATEGI, tahun depan setiap kedai akan mempunyai sebuah kereta yang lengkap dengan sistem audio terkini & gempak, van ini pula apabila siap akan diguna untuk semua roadshow audio tapi baru 60% siap.










