Archive for the ‘luahan’ Category

Jangan Pisahkan!

Friday, February 19th, 2010

Setiap hari matahari terbenam & hari berlalu fikiran bercelaru…..

Apabila mengetahui kontrak di sini disambung lagi, akulah insan yang paling gembira namun ianya seketika, aku perlu kembali ke ibupejabat kerana khidmatku diperlukan di sana dan tempat ku di sini akan diganti dengan orang lain.

Bagaimana harus aku menghadapinya?

Feb 2006 : aku datang ke sini membawa hati , membawa diri sebatang kara mencari arah hidup mencari kebahagian diri, pelbagai rintangan dan dugaan terpaksa aku hadapi. Tuhan sentiasa bersama ku, merahmati ku. Kini kebahagian itu milikku bersama dia yang ku sayang juga menyayangi ku.

Kembali ke HQ bermakna kami akan berjauhan. Aku tak sanggup apatah lagi dalam keadaan ini. Zuriat kami yang kian membesar di dalam rahim ku.  Aku tak tahu bagaimana nak menghadapi hari-hari tanpa dia di sisi.

Masanya akan tiba dan aku harus menghadapinya!

Aku Terlebih Kilo??????

Thursday, December 10th, 2009

Semalam aku pi program nie…
isssshhh audio show la….
kat Simpang Kuala, Alor Setar sempena Expo Belia Niaga Kedah.

telinga aku nie dah terbiasa digegar dan tergegar dengan bunyi audio gempak nie…
aku cuma teringin masuk sini…
melompat dan bergedik…

tapi budak yang jaga kat situ kata ” Akak dah terlebih kilo”

uhuk uhuk…

Bayaran tambahan persekolahan

Thursday, December 3rd, 2009

Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.

Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.

“Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaanbaik,” jelasnya.

sumber : Utusan Malaysia

… >> nampaknya nak hantar anak-anak belajar kita kena membayar dan sediakan sendiri infrastukturnya … kalau macam tu mai kita pakat2 BUAT SEKOLAH SENDIRI!

… >> aku rasa aku baru saja baca Bajet 2010 yang kononnya  MENYEDIAKAN RAMUAN MENJAGA KESEJAHTERAAN RAKYAT! tengok sini..

Kembalikan…

Tuesday, December 1st, 2009

Mood berBLOGGING aku HILANG
kat mana boleh aku CARI?

En. Google boleh TOLONG carikan?

:

;

:roll:

Aku Insan Berdosa

Thursday, November 5th, 2009

aku insan hina
yang berdosa
tak pernah sempurna
pada dia
pada mereka
pada sesiapa saja…

mungkin aku bukan yang terbaik
di antara yang baik…..

…. >> Melangkah longlai di dataran kontang
mengharap hujan membasahi
awan meneduhkan
langit memayungi….

Polo me bck

Friday, October 9th, 2009

Sebenarnya ada banyak perkara nak kongsi, ada banyak lagi cerita dalam bakul deraf tu, tunggu masa nak publish cuma nak tanya pendapat kalian tentang ini….

:

HANYA KERANA DIA DATANG MENJENGUK KU

AKU PERLU MENGIKUT DIA PULANG….


Hargailah Apa Yang Anda Miliki Sebelum Kehilangannya.

Saturday, October 3rd, 2009

Ok …
Ready …
Testing …
Siap …
Jalan…

…..>> Hargailah apa yang anda miliki sebelum kehilangannya…:lol:

Minggu depanlah kita berSIARAN LANGSUNG, nak sambung buat TAIK MATA : EPY WEEKEND yer…. JANGAN LUPA SENYUM tp JANGAN SENYUM SORANG2….