Archive for the ‘kesihatan’ Category

Alamak Terlebih sudah (2)

Thursday, November 26th, 2009

Pagi tadi aku kelaparan.. aku beli 2 bungkus nasi lemak , LIMA KUPANG AJE.. 2 bungkus RM1.00.

S.I. : maknanya sambal ikan… (muka sapa la jadi pembalut nie0

Malu nak makan 2 bungkus nanti korang ckp aku melantak la.. so aku gabungkan jadi satu..

makan depan PC sambil bagi makan ikan kat FB… sila jangan jeles..

alhamdulillah kenyang…..

:

lepas tu aku tengok benda nie….

NAsi Lemak : Jumlah Kalori — 490kkal (satu pinggan) Protein — 14g Lemak — 21g Karbohidrat — 61g

tak boleh jadi nie…. jom jogging….

hehehe….

Aku Tertipu….

Monday, October 5th, 2009

Pukul 10pagi  HP cap ayam aku berdering…

“Sudah la tido, mai sini ada PERTANDINGAN KAROAKE
“o.k…nanti sampai.. ”

Niat dihati nak buat terjahan gempak cik kak nie tapi sampai saja kat situ aku dikejutkan dengan banner ini…..

HP berdering lagi.

“Dah 2 jam tak sampai lagi ker? “

“Apasal tak cakap ini PERTANDINGAN KARAOKE LAGU RAYA SEMPENA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA… nie datang dengan jeans & tshirt pagoda tau.. seliper  jamban jepun  lagi , tak masuk majlis langsung tau”

” Abis tu dok dalam keta la tu.. Majlis dah la habis mai la turun “

Bila aku turun dari keta ini saja yang tinggal…. … uhuk uhuk uhuk….

SEDIH KAN…. tak ada rezeki….

Halal itu Terang Haram itu Jelas

Tuesday, September 29th, 2009

Sebenanrnya dah lama nak bicara tentang topik nie apatah lagi lepas tengok videoklip yang ditempek oleh SamDaddyCool. Di pasaraya TESCO perasan tak makanan dalam tin dan makanan kering i.e biskut & snek berjenama TESCO seperti ini…

Aku tak pasti soal HALAL makanan ini sebab tiada logo HALAL tetapi apa yang  jelas tertera ianya Produk dari UK untuk semua store TESCO seluruh dunia. Lebih malang bila semua produk ini juga di pamerkan bersama-sama makanan-makanan tempatan  yang lain. Nasihat aku berhati-hatilah… bagi aku aku inilah propaganda halus dan terancang Yahudi mempengaruhi umat islam.

Sesungguhnya halal itu terang dan haram juga terang. Di dalam halal dan haram itu ada perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya. Dengan yang demikian, semua manusia hendaklah memakan makanan yang ternyata halal dan meninggalkan makanan yang ternyata haramnya dan juga meninggalkan perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya.

Kenapa kita perlu Makanan Halal ?
Kerana ” Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram”! sumber : Halaqah.net.

anda jugak boleh menyemak senarai makanan halal di Halal.gov

Ada sesiapa nak Join?

Monday, September 28th, 2009

Menu lunch tengahari tadi….

ada sesiapa nak join cicah!
sedap ooooo…..

Politik Memang Berbeza…

Monday, September 28th, 2009

semalam ada jamuan raya @ rumah terbuka yang gempak di daerah ini :

PERTAMA : Anjuran Pemuda UMNO Baling : Dato Azeez
Lokasi : Kompleks Rakan Muda Batu 42, Baling
Masa : Pukul 11.00 sampai 6.00 petang

:

KEDUA : Anjuran PAS Baling : Ustaz Taib Azimuddin
Lokasi : Perkarangan Masjid Baling
Masa : Pukul 2.00 sampai 6.00 petang

:
OLEH KERANA AKU BUKAN AHLI MANA-MANA PARTI POLITIK
(tak cukup umur lagi nak mengundi  walaupun dah berpuluh tahun sambut hari jadi)

KEDUA-DUA MAJLIS NIE AKU PERGI….

SEBAB……..

TAK RUGI MAKAN FREEE…….. :lol:

sanggup bersesak untuk makan cemei…..

5 Seringgit Tapi Kembung

Friday, September 11th, 2009

semalam aku ke bazar ramadhan di Stadium Utama Negeri… saja nak menyemakkan majlis sambil jenjalan tengok ragam manusia menjual dan membeli juadah berbuka. Dah 21 hari posa ini kali pertama aku sampai..

Gerai nie mendapat sambutan… orang bersesak-sesak menunggu ikan itu di bakar.. letak aja habis … ikannya besar gak..nampak segar;  kalau aku 3 hari tak habis.

aku cuma beli ini, my feberet  ”Lu Fikir la Sendiri” & 4 keping roti jala dengan harga RM1.
Kuih muih kat sini masih dijual dengan hargA 4 = RM1.

makan malam aku disebuah restoren atas air di Sungai Baru, Kuala Perlis tp waktu tu air surut tak nampak ikan todak mulut muncung dalam air.

Menunya : Nasi Goreng Pataya,  Sup Sayur, Kangkung Goreng Telur, Sambal Belacan & Timun serta Sotong Goreng Tepung. Minuman : limau ais & oren bancuh ; Harganya RM21. Berbaloi-baloi kan…

menu ini gara2 nak naikkan 2 kilo untuk kebaya biru ittewwww…

Buah Dinar Buah Penawar

Saturday, September 5th, 2009

Aku terjumpa buah ini ketika meronda-ronda disebuah kedai. Menarik, terdapat kalimat Allah diatasnya (Maaf HP cap ayam aku tak dapat zoom utk lebih jelas). Menurut penjual itu buah ini adalah buah penawar pelbagai penyakit dan mempunyai banyak khasiat diantara :

- Menghindari gangguan makluk halus, sihir, santau, pelaris, pendinding, pagar rumah.
- Menghilangkan panas badan, angin, lenguh badan, sakit urat, kencing malam, buasir, sawan, sakit tumit, gastrik, batuk berdarah.
- Membuang racun dalam badan
- Memudahkan wanita hamil cepat bersalin

Caranya ; rendam di dalam air sejuk selama 1/2 jam
Niat dan selawat sebelum minum, sebaiknya membaca Alfatehah 3X, Ayat Kursi 3X, Bismillah 7X, Selawat 7X.

Untuk sengatan binatang berbisa pula :
dipecah dan diambil bijinya, asah dengan air dan disapu ditempat sakit.

Bagi gangguan makluk halus, budak yang tidak dapat tidur malam, Histeria DLL ; diletakkan di bawah bantal.

Disamping itu buah ini juga diguna dalam makanan herba, kecantikan dan perubatan seperti dijadikan minyak untuk wanita dan penawar tenaga lelaki.

Apapun sentiasa ingat.. segala yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah.

Kalau ada sesiapa yang nak berikan alamat ke  jentayutiara@yahoo.com, saya bukan ingin  menjual ya, itu tanda harga penjual tu, saya cuma ingin berkongsi khasitnya. InsyaAllah.