Archive for the ‘kerjaya’ Category

Jangan Pisahkan!

Friday, February 19th, 2010

Setiap hari matahari terbenam & hari berlalu fikiran bercelaru…..

Apabila mengetahui kontrak di sini disambung lagi, akulah insan yang paling gembira namun ianya seketika, aku perlu kembali ke ibupejabat kerana khidmatku diperlukan di sana dan tempat ku di sini akan diganti dengan orang lain.

Bagaimana harus aku menghadapinya?

Feb 2006 : aku datang ke sini membawa hati , membawa diri sebatang kara mencari arah hidup mencari kebahagian diri, pelbagai rintangan dan dugaan terpaksa aku hadapi. Tuhan sentiasa bersama ku, merahmati ku. Kini kebahagian itu milikku bersama dia yang ku sayang juga menyayangi ku.

Kembali ke HQ bermakna kami akan berjauhan. Aku tak sanggup apatah lagi dalam keadaan ini. Zuriat kami yang kian membesar di dalam rahim ku.  Aku tak tahu bagaimana nak menghadapi hari-hari tanpa dia di sisi.

Masanya akan tiba dan aku harus menghadapinya!

Lagi 3 bulan…

Wednesday, December 2nd, 2009

Keputusannya :  kontrak di sini dilanjutkan lagi 3 bulan..  Ini lanjutan masa ke2 yang pertama dah 11 bulan.

Sorry cerita pasal keja ya..

Semalam paip terakhir bagi jajaran sejauh 125.6m bagi pipe jacking saiz 1050mm telah sampai ke ‘receiving pit’. Minggu depan kerja-kerja jacking bagi JAJARAN TERAKHIR sejauh 60m akan dimulakan…

dalam ooooo.. ada yang melebihi 20m.. sebab tu setiap paip diberi nombor supaya boleh tengok dari atas, tak payah turun la…  dan tahu kemajuan kerja.

1 batang paip (size 1050mm) ; berukur 2.5 m ;
1m jacking (bagi kawasan batu)  kosnya ; RM8900.00
1 hari jacking hanya boleh mencapai ; 1 – 2m sahaja

untuk menyiapkan baki 60m memerlukan 24 batang paip lagi ; masa mungkin 1 bulan ;
1 kali penghantaran lori hanya boleh memuatkan 4 batang paip sahaja.. kerana 1 batang paip beratnya 5.4 tan.

inilah CONSTRUCTION ….. menrealisasikan apa yang dilukis /ditulis di atas kertas (plan)

inilah ENGINEERING …. yang kadangkala merentasi imaginasi!

ini bukan BATU tapi ROCK..

ehhh sama tapi tak serupa..

i’m not single

Tuesday, November 10th, 2009

en3 khas atas permintaan BIRU THE BLUE

Kontrak di sini akan berakhir tidak lama lagi. Kontrak asal bermula 14 Febuari 2006 sehingga 13 Febuari 2009 telah dilanjutkan kepada 15 November 2009….. ahhhh tinggal beberapa hari aja lagi. Lanjutan masa ke2 masih belum diluluskan.. rasanya mungkin 2@ 3 bulan aja. Dicampur 3 bulan untuk penyedian Akuan Akhir dan tutup file projek bermakna masa aku di sini hanya tinggal 6 bulan saja lagi. Semakin suntuk semakin dekat… aku menghitung hari.

Kalau boleh aku tak ingin kembali ke S.P, hati & jiwa ku di sini, kebahagian ku di sini bersama dia, di samping dia…..

aaahhhh aku tak mahu memikirkannya lagi sehingga masa itu tiba…

…>> semlm kami keluar makan roti canai & tea tarik pukul 3.30 pagi…  hehehe….. mau tak bulat & berisi (?)…