Spongena
Thursday, December 17th, 2009semalam OTW balik kampung aku singgah HQ. Niat di hati nak ajak bos dating tapi bos BZ.. almaklum la big bos… hehehe. Dari Sungai Petani aku terus balik kampung, kebetulan kak Jiepun balik kampung gak .(kisah perjalanan balik kampung KakJie yang gempak boleh di jenguk di sini diupdate oleh pemegang watikah dari bintang. )
Dari kampung kami bergegas balik semula ke Kangar. Alhamdullillah semua selamat tapi sesampai saja aku tercari-cari kunci rumah aku, dalam keadan penat aku gunakan kunci pendua milik suami. Lepas berehat aku cari semula kunci itu.. aku keluarkan semua isi kandungan dalam beg tangan, aku selongkar dalam kerta malah call anak dara kat kampung minta cari. GAGAL!
Kemudian aku teringat kisah Spongebob mencari tag nama nya yang hilang dengan mengulangi setiap aktiviti beliau. Hahaha aku buat… tapi tak la buat balik semua itu aku cuma ingatkan balik setiap step bermula dari aku kunci rumah masuk keta DLL…. akhirnya aku jumpa kunci itu tersimpan di dalam bekas siling dalam kereta. BERJAYA!
betul kan Hidup Berani untuk Gagal.. kita kena mencuba…
Semalam aku dapat title baru, suami gelarkan aku Spongena ![]()











