Archive for the ‘civil engineering’ Category

Lagi 3 bulan…

Wednesday, December 2nd, 2009

Keputusannya :  kontrak di sini dilanjutkan lagi 3 bulan..  Ini lanjutan masa ke2 yang pertama dah 11 bulan.

Sorry cerita pasal keja ya..

Semalam paip terakhir bagi jajaran sejauh 125.6m bagi pipe jacking saiz 1050mm telah sampai ke ‘receiving pit’. Minggu depan kerja-kerja jacking bagi JAJARAN TERAKHIR sejauh 60m akan dimulakan…

dalam ooooo.. ada yang melebihi 20m.. sebab tu setiap paip diberi nombor supaya boleh tengok dari atas, tak payah turun la…  dan tahu kemajuan kerja.

1 batang paip (size 1050mm) ; berukur 2.5 m ;
1m jacking (bagi kawasan batu)  kosnya ; RM8900.00
1 hari jacking hanya boleh mencapai ; 1 – 2m sahaja

untuk menyiapkan baki 60m memerlukan 24 batang paip lagi ; masa mungkin 1 bulan ;
1 kali penghantaran lori hanya boleh memuatkan 4 batang paip sahaja.. kerana 1 batang paip beratnya 5.4 tan.

inilah CONSTRUCTION ….. menrealisasikan apa yang dilukis /ditulis di atas kertas (plan)

inilah ENGINEERING …. yang kadangkala merentasi imaginasi!

ini bukan BATU tapi ROCK..

ehhh sama tapi tak serupa..

Utamakan Keselamatan

Tuesday, November 17th, 2009

Pagi tadi ada lawatan ke sebuah Loji Kumbahan bernilai 88juta yang dibiayai oleh kerajaan Jepun.

MODEL : Kapasiti 150,000 PE ; PIAWAIAAN : Standard B  JAS

salah satu control power yang disambungkan ke sistem SKADA

Notis Utama.. SAFETY 1ST (Standard la)

Notis ke2 yang amat BERKESAN….:lol::grin:

Aku Yang Pelik

Thursday, November 5th, 2009

…>> aku sukakan CABARAN & KELAINAN.. seperti juga KERJA & KERJAYA ku…

ini salah satu aktiviti …. >> Sound Driffffffffff malam minggu…

aku sudah tidak MENDAKI, juga MENJEJAK RIMBA hanya sesekali berjogging atau berjalan kaki di taman rimba ;  aku sudah tua, sudah senja cuma dalam blog aja muda belia…. tapi aku tetap aku …

Saya Budak Baru Belajar (2)

Saturday, October 10th, 2009

Jika anda pernah berkunjung ke USM Transkrian pasti ada tertanya dan terfikir kenapa kampus ini tidak mempunyai longkang atau parit.  Hijau saja… ZanX-ray kata kampus nie cantik. Rahsianya…..

(pic dr REDAC)

Rahsianya ada di bawah rumput itu. Keratan rentasnya adalah sebegini


Sistem perparitan ini dikenali sebagai Sistem Perparitan Mesra Alam (Bio-Ecological Drainage System) dan  merupakan projek pertama di Malaysia. Sistem ini dibangunkan hasil usaha dan penyelidikan REDAC . Tujuan utama adalah untuk mengurangkan larian air permukaan (stormwater runoff) serta percemaran. Perkara biasa yang kita lihat dalam longkang atau parit adalah sampah sarap oleh itu dengan adanya sistem ini hanya air dialirkan ke dalam longkang seterusnya ke kolam tadahan dan kolam itu akan dibangunakan sebagai wetland atau kolam reakrasi.  Sistem ini juga dapat menjaga kualiti air dengan sistem penapisan semulajadi.

Ini adalah benda penting yang ada di bawah rumput tersebut.

rumput akan di tanam di atas modul ini. (pic dr REDAC)

_________________________________________________________________________

Pasal en3 semalam ramai yang tak dapat bayangkan Laluan Berbumbung yang aku kata RUKUKdan SUJUD.

Laluan tersebut seharusnya seperti gambar ini. Apabila dikatakan SUJUD bermakna telah menyembah bumi. Sebabnya papak atau asas tiang tersebut tidak kuat untuk menampung beban bahagian atas iaitu bumbung…  huhuhu malukan benda simple pun fail…

Saya Budak Baru Belajar

Friday, October 9th, 2009

ketika mengemas harta karun dalam gubuk buruk aku terjumpa gambar-gambar ini….

Inilah tapak Kampus Kejuruteraan USM Transkrian semasa dalam pembinaan. Asalnya kawasan ini merupakan ladang kelapa sawit dan didiami oleh setinggan india. Waktu nie SAYA BUDAK BARU BELAJAR.. terketar-ketar mengumpul pengalaman dan ilmu, menurut kata dan perintah “Yes Bos”.

Banyak perkara yang aku belajar dengan projek nie almaklum la project Fast Track, semua mau cepat. Tak sempat nak tunggu tanah mendap/padat kerja bangunan perlu dimulakan. Kampus tak siap lagi tapi student dah masuk mau tak terpampang komplain kat surat khabar.

Ini pejabat tapak, tempat mengintai dan mengendap tapak seluas 320 ekar.

… >> tak pernah lupa bila kena perli pasal  rekabentuk Laluan Jalan Kaki Berbumbung “Orang design RUKUK korang design SUJUD” .. fuhhh !

Jambatan Tok Pasai Kuala Kedah

Thursday, October 8th, 2009

Ini adalah Jambatan Tok Pasai yang merentasi Sungai Kedah di Kuala Kedah (aku ambil dari web site JKR Kedah). Aku suka melalui jambatan untuk menikmati pemandangan perkampungan nelayan di kiri dan kanan jalan.

ini gambar dari Google maps…

ini gambar dari kamera cap ayam aku… snap sambil memandu. Memandu sambil menggunakan kamera salah tak? Yang aku tahu memandu sambil menggunakan telefon tangan  … salah…

opppsss jangan lupa ada sebuah gerai makan menyediakan hidangan dengan harga RM2.00 di situ… gulai ikan temenung/kembung fresh u…

masa balik mendung pulak…

…. >> Aku suka Kejuruteraan..  Kejuruteraan adalah dunia ku, kerjaya ku…

Saya Yang Menurut Perintah!

Thursday, September 17th, 2009
  • Arahan Menteri :  Larangan kenderaan barangan menggunakan jalanraya pada 18-19 September 2009 dan 26-27 September 2009 bagi tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menyenangkan pengguna jalan raya pulang ke kampung dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya antara kenderaan persendirian dengan kenderaan berat. (sumber : JKJR)
  • Arahan PBT : menghentikan operasi serta kerja-kerja korekan bermula 18hb September 2009 sehingga 23hb September 2009.

SAYA YANG MENURUT PERINTAH TAK KISAH!

  • gerakkan pasukan ERT (Emergency Responded Team) bab nie aku terkecuali…
  • jemur kasut & topi..

COTI-COTI MALAYSIA…..
COTI-COTI RAYA.... yehaaaa…