Archive for the ‘ayat-ayat cinta’ Category

haruskah?

Monday, January 11th, 2010

banyak sebab…. aku menyepi
aku tengah buat karangan untuk penjelasan….

aku sedang menghitung hari untuk meninggalkan daerah kenangan ini… haruskah aku pergi… kerana disini cinta dan kasih ku bersemi dan berbunga kembali….

” jangan pisahkan… aku dan dia, tuhan tolong lah ku cinta dia, biar kami terus bersama, di dalam suka dan duka”

Menghitung Hari…

Wednesday, December 30th, 2009

Biarkan Bunga Berkembang

Di atas tangkainya….


Hidup Berani Untuk Gagal

Tuesday, December 15th, 2009

Hidup  Ada pasang surutnya, Ada persembahan Ada kurnia, Ada rotan Ada duri, Ada rupa Ada harga seperti  Angin berputar, ombak bersabung ;  Elok Buruk dan Busuk Hanyir.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL :

  • Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian
  • Yang bulat tak akan datang bergolek yang pipih tak akan datang melayang.
  • Seperti anai-anai makan kayu.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL :

  • Mamah dulu kemudian telan.
  • Mara jangan dipikat , rezeki jangan ditolak.
  • Menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai.
  • Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL :

  • Jika  takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
  • Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
  • Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
  • kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
  • Alah bisa tegal biasa.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL :

  • Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis .
  • Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.
  • Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.

:

:

:
Dah lama Denaihati war-warkan dan jemput untuk menyertai contest nie baru,  berkesempatan menyertainya. Terima kasih atas sokongan sponsor yang hebat iaitu DSGClicksBerani Gagal NetworkOne Malaysia BlogshopsAnisha Online Malldan Saudacare.

Peribahasa yang dipaparkan adalah dari  : http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa.  Moga Bahasa akan terus menJiwai  Bangsa kita.

Jiwa Hati

Saturday, December 12th, 2009

Aku melihat DIRI
dari sekepinga JIWA
bernama HATI…

Aku melihat JIWA
dari sekeping HATI
bernama DIRI

sempurnakanlah HATI itu
agar perjalanan ini
BERNILAI  dan BERERTI
menuju DESTINASI!

:

:

:

;

Hargai Apa Yang Anda Miliki

Wednesday, December 9th, 2009

Tak ada idea nak buat en3 hari nie.. cuma nak kongsi en3 yang dicopy paste errkkk penjenamaan semula dari blog Kak Kujie… sapa tu.. kakak aku la…

Seorang suami mengadu tentang saiz payudara isterinya yang tidak memenuhi kehendak selepas berkahwin sebulan.

Jawapan  Doktor Sakit Tuan Dr.Ismail Thamby .

Cara yang sangat berkesan ialah melalui pembedahan pembesaran payudara atau pembedahan ‘mammoplasty’ tetapi ramai berpendapat ia tidak ‘natural’ kerana payudara besar dan terjojol macam plastik.

Jika itu yang anda mahu, buat pembedahan itu kepada diri sendiri! Jangan dera isteri anda lagi sedangkan anda memilihnya sebagai isteri dalam keadaannya sebegitu sebelum ini.

Tidakkah anda tahu, Tuhan beri payudara kepada wanita untuk penyusuan bayi. Bukan untuk tayangan dan diramas.

Memang tak dinafikan tindakan meramas itu memberi perasaan ghairah kepada lelaki yang minat kepadanya, tapi jangan sampai mendera atau menyakitkan hati isteri dengan mempertikaikan saiz dan bentuk payudaranya.

Anda mungkin jahil mengenai payudara. Saiz dan bentuknya mengikut keturunan dan baka dan selain itu saiz dan bentuk payudara boleh berubah apabila wanita itu hamil dan memberi susu badan atau apabila badan wanita itu mula berisi. Apabila badan susut dan pengeluaran susu juga berkurangan, payudara itu akan mengecil kembali dan boleh menjadi leper jika badan yang gempal itu susut ketara.

Paling mustahak ialah wanita itu menggunakan baju dalam yang sesuai untuk menampung payudara. Jadi hentikan tekanan kepada pasangan anda dan terimanya sebagai teman hidup dan ibu kepada anak anda.

Brovo …bravo doktor… Terima isteri anda seadanya selepas anda melafazkan akad nikah. Seks penting dalam perkahwinan tetapi saiz buah dada bukanlah satu-satunya perkara yang perlu difikirkan untuk membina rumahtangga bahagia. Ingat buah dada ada jual di kedai dan anda perlu pilih saiz yang dikehendaki?

Tetapi wanita pun patut dipersalahkan kerana menggunakan ciptaan Tuhan untuk jalan yang salah. Tuhan cipta payudara bukan untuk ditayang-tayang segala lurah dendam.

Kepada ibu-ibu juga, kembali kepada fitrah, anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik. Sewaktu proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin.

©Kujie – dilarang membaca entri ini dalam keadaan anda bernafsu

Motivasi Diri

Monday, December 7th, 2009

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita sama2 mempraktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.

2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti..jangan tidor berlebihan.

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri..kecuali dah lama hidup ..ok

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi..kerja satu team..

6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.

8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.

10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

12. Mandi setiap hari… jangan malas mandi tau !

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

:

(en3 ini diceduk dari kotak email sebab tuan rumah sedang mabuk daging : musim gantung periuk & makan free)

Fasa Kehidupan

Monday, November 30th, 2009

:

SEMALAM : adalah kenangan dan kisah silam.. yang BAIK jadikan TELADAN yang BURUK jadi PENGAJARAN

:

HARI INI : moga LEBIH BAIK dari SEMALAM

ESOK : adalah HARAPAN, moga penuh  KEBAIKKAN & KEBERKATAN