Archive for the ‘audio’ Category

Hargai Apa Yang Anda Miliki

Wednesday, December 9th, 2009

Tak ada idea nak buat en3 hari nie.. cuma nak kongsi en3 yang dicopy paste errkkk penjenamaan semula dari blog Kak Kujie… sapa tu.. kakak aku la…

Seorang suami mengadu tentang saiz payudara isterinya yang tidak memenuhi kehendak selepas berkahwin sebulan.

Jawapan  Doktor Sakit Tuan Dr.Ismail Thamby .

Cara yang sangat berkesan ialah melalui pembedahan pembesaran payudara atau pembedahan ‘mammoplasty’ tetapi ramai berpendapat ia tidak ‘natural’ kerana payudara besar dan terjojol macam plastik.

Jika itu yang anda mahu, buat pembedahan itu kepada diri sendiri! Jangan dera isteri anda lagi sedangkan anda memilihnya sebagai isteri dalam keadaannya sebegitu sebelum ini.

Tidakkah anda tahu, Tuhan beri payudara kepada wanita untuk penyusuan bayi. Bukan untuk tayangan dan diramas.

Memang tak dinafikan tindakan meramas itu memberi perasaan ghairah kepada lelaki yang minat kepadanya, tapi jangan sampai mendera atau menyakitkan hati isteri dengan mempertikaikan saiz dan bentuk payudaranya.

Anda mungkin jahil mengenai payudara. Saiz dan bentuknya mengikut keturunan dan baka dan selain itu saiz dan bentuk payudara boleh berubah apabila wanita itu hamil dan memberi susu badan atau apabila badan wanita itu mula berisi. Apabila badan susut dan pengeluaran susu juga berkurangan, payudara itu akan mengecil kembali dan boleh menjadi leper jika badan yang gempal itu susut ketara.

Paling mustahak ialah wanita itu menggunakan baju dalam yang sesuai untuk menampung payudara. Jadi hentikan tekanan kepada pasangan anda dan terimanya sebagai teman hidup dan ibu kepada anak anda.

Brovo …bravo doktor… Terima isteri anda seadanya selepas anda melafazkan akad nikah. Seks penting dalam perkahwinan tetapi saiz buah dada bukanlah satu-satunya perkara yang perlu difikirkan untuk membina rumahtangga bahagia. Ingat buah dada ada jual di kedai dan anda perlu pilih saiz yang dikehendaki?

Tetapi wanita pun patut dipersalahkan kerana menggunakan ciptaan Tuhan untuk jalan yang salah. Tuhan cipta payudara bukan untuk ditayang-tayang segala lurah dendam.

Kepada ibu-ibu juga, kembali kepada fitrah, anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik. Sewaktu proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin.

©Kujie – dilarang membaca entri ini dalam keadaan anda bernafsu

Kembara Kelab Audio

Monday, November 16th, 2009

Khamis : 12hb November 2009

Berita duka, sebuah kereta ahli kelab tereksiden..
keputusan… G2 akan berkhidmat

Jumaat : 13hb November 2009

Pukul 8.30 pagi kami sudah berada di Jeti Kargo Kuala Kedah untuk menjemput 7 buah kereta Kelab ROCK & FOX Langkawi. Dari Kuala Kedah berkonvoi 10 buah kereta ke Sungai Petani, singgah sarapan di R&R Gurun.

Di Sungai Petani kami disambut oleh pengerusi SPAC :Sungai Petani Audio Club, makan tengahari di Restoren Nasi Kandar Hussain kerana hari Jumaat banyak restoren ditutup. Sempat sms member ‘Renew lesen kat Hussain’. Everything happening.. kali pertama bertemu semua satu kepala…

Lepas hantar geng Langkawi check in kat hotel kami balik ke kedai dan bermulalah aktiviti punggah sana modified sini.. aku balik rumah adik untuk rehat dan mandi. Balik semula ke kedai aku tanya dia.. tukar apa.. dia jawab “pakai 3 buah PA Ameron” ha… (geng audio mesti tau benda nie)

Petang hujan turun dengan lebat, semua resah gelisah,  syukur menjelang malam hujan reda dan aktiviti diteruskan di Village Mall. Penyertaan hampir 40 buah kereta dari Sungai Petani, Kuala Ketil, Kangar, Alor Setar dan Seberang Perai.

Selapas road show ada program Tea Tarik & Nasi Lemak Dinihari.. Enjoy makan sambil bertukar-tukar cerita, aktiviti semasa serta teknologi terbaru dan terkini.

Sabtu : 14hb November 2009
4.30 petang – 10.30 malam
Expo Belia Niaga, Pokok Sena.

Hujan lebat sepanjang perjalanan. Ada kenderaan yang tidak dapat sampai kerana tersangkut dengan laluan banjir dan ada yang terpaksa berpatah balik. Tetap meriah dengan lebih 20 buah kereta yang sampai.

Projek terbaru : VAN AUDIO, sebuah van yang dilengkapi sistem audio. Ini bukan kerja gila tapi BISNES STRATEGI, tahun depan setiap kedai akan mempunyai sebuah kereta yang lengkap dengan sistem audio terkini & gempak,  van ini pula apabila siap akan diguna untuk semua roadshow audio tapi baru 60% siap.

Alahai….

Wednesday, November 11th, 2009

pagi-pagi G2 aku merajuk…

ALAHAI….

__________________________________________________

Jumaat : 13hb November 2009

Audio Show di VILLAGE MALL Sungai Petani Kedah.

Pukul 4.30 p.m hingga 10.30 p.m

Jumpa Di sana YA !

… >> tp bukan G2 nie, G2 nie tak dak sistem audio gempak, std aje .. utk g keja & program keluarga.

…>> utk program audio show SIDIA akan berkhidmat… tengok en3 terdahulu disini


letak la tajuk sendiri

Monday, November 9th, 2009

ngantuk la….
ini bukan Monday Blues.. ini terlajak blues
semalam sampai kangar pukul 2.30. why & what…………
apa lagi sound drift

semalam kat Expo Belia Niaga Pokok Sena. Berkonvoi berbelas-belas buah kereta merentasi jalan banjir dan becak.. akhirnya kawasan tempat yang dituju. Syukur;   langit cerah, bulan terang benderang…. team dari Alor Setar & sungai Petani sudah lama  menunggu…

Program berakhir pukul 12 tapi nak kemas barang nak tunggu laluan tidak terhalang, nak g makan ramai-ramai ahli kelab dan konvoi balik ramai-ramai, berbaris-baris mesti la ambik masa… akhirnya sampai rumah  dinihari.. ayam pun dah berkokok…. pagi nie bangun mengeliat seribu kali…:lol:

Aku Yang Pelik

Thursday, November 5th, 2009

…>> aku sukakan CABARAN & KELAINAN.. seperti juga KERJA & KERJAYA ku…

ini salah satu aktiviti …. >> Sound Driffffffffff malam minggu…

aku sudah tidak MENDAKI, juga MENJEJAK RIMBA hanya sesekali berjogging atau berjalan kaki di taman rimba ;  aku sudah tua, sudah senja cuma dalam blog aja muda belia…. tapi aku tetap aku …