Archive for the ‘Aku’ Category

tenet yg tenat ….

Wednesday, March 10th, 2010

errrrkkkkkkk…… BAHASA JIWA BANGSA……

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Monday, March 8th, 2010

Bulan lepas kami kehilangan seorang saudara, baru berusia belasan tahun tapi telah pergi menyambut seruan ilahi kerana penyakit Talassemia, kekerapan menukar darah menyebabkan darahnya dijangkiti kuman dan kegagalan hati berfungsi.

Minggu lepas keluarga kami menerima seorang ahli baru, benar SETIAP KEMATIAN AKAN DIIKUTI DENGAN KELAHIRAN kerana patah tumbuh hilang berganti.

sudah pandai menjeling tau…………….

lagi cerita pasal baby nie ada kat blog kakjie disini

Debu-Debu berterbangan

Thursday, February 25th, 2010

Cuaca kat Kangar sekarang tersangat panas, ditambah pulak dengan musim menuai padi di mana petani-petani akan membakar jerami selepas menuai……. pembakaran terbuka yang dibenarkan. Nak kata apa.  Habuk dan debu-debu berterbangan………. sinus aku pula semakin menjadi-jadi lak…

kering kontang…  gambar di cilok blog cikgu Omaq SK Oran

Pokok-pokok mempelam sedang berbunga dan berputik dengan lebat kerana cuaca yang panas dan asap ini membantu proses pendebungaan pokok mempelam terutama harum manis. Sabar ya Harum manis akan masak bulan Julai nanti.

Ini harum manis belakang opis aku… barang bagus beb kena jaga. Siap dibalut dengan bendera negeri perlis…..

rasa nak g cilok sebiji dua… :lol: jom……

Jangan Pisahkan!

Friday, February 19th, 2010

Setiap hari matahari terbenam & hari berlalu fikiran bercelaru…..

Apabila mengetahui kontrak di sini disambung lagi, akulah insan yang paling gembira namun ianya seketika, aku perlu kembali ke ibupejabat kerana khidmatku diperlukan di sana dan tempat ku di sini akan diganti dengan orang lain.

Bagaimana harus aku menghadapinya?

Feb 2006 : aku datang ke sini membawa hati , membawa diri sebatang kara mencari arah hidup mencari kebahagian diri, pelbagai rintangan dan dugaan terpaksa aku hadapi. Tuhan sentiasa bersama ku, merahmati ku. Kini kebahagian itu milikku bersama dia yang ku sayang juga menyayangi ku.

Kembali ke HQ bermakna kami akan berjauhan. Aku tak sanggup apatah lagi dalam keadaan ini. Zuriat kami yang kian membesar di dalam rahim ku.  Aku tak tahu bagaimana nak menghadapi hari-hari tanpa dia di sisi.

Masanya akan tiba dan aku harus menghadapinya!

Hai Apa Khabar, apa khabar mu di sana, lama tak jumpa..

Friday, February 12th, 2010

OZ keloi aku dari puncak gunung tu… merentasi 3 buah negeri kononnya nak hantar buah limau… yer la orang dok puncak gunung memang la tempat buah-buahan citrus kan…..

Eh aku kat sini tengah mabuk limau, ada manyak buah limau mau kasi sama teman-teman.. sila la jenguk aku kat segenting nie.

maaf la sekian lama menyepi dan MABUK berdondang sayang kat dunia sebelah… dunia sebelah sana tu………………

Lilypie Maternity tickers

apapun… SELAMT BERCOTI yer… BERHATI2 DIJALANRAYA..

Yang Sedang Sedang…

Wednesday, January 27th, 2010

sorry

sedang sibuk kat dunia sebelah sana…… hehehe…

lagipun kemarau dah melanda

kemalasan bermaharaja….

errrkkkk nanti kita berbicara ya!

We care

Sunday, January 17th, 2010

Ini adalah post khas Kempen Bolgger We Care bagi membantu meringankan kesengsaraan saudara Megat dan keluarganya. Anda boleh ikuti kisah penderitaan saudara Megat melalui entri – tangisan aku , isteri dan anak-anak

Inisiatif yang diambil oleh hydir.com dengan meminta semua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda keprihatinan. Lawati laman web beliau untuk mengetahui maklumat lengkap.

Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menyumbang RM1 kepada en. megat melalui penajaan kbsoccer

Anda juga boleh menyalurkan sumbangan terus melalui

No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman

Saya mengenali saudara megat melalui blog Kak Kujie… tahun lepas saya postkan periuk kukus untuk beliau sebagai hadiah contest teka harga di blog kak kujie. Saya selalu menjadi silent reader kat blog beliau sesekali saja mencelah…

saya mengharap bantuan anda semua sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Moga beliau tabah menghadapi segalanya dugaan hidup ini.