Hargailah …

Hargailah pasangan anda…Mengapa di cari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman…Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tidak setulus Zulaikha…Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim, andai diri tidak sehebat Siti Hajar…Mengapa didamba teman sehidup yg sempurna Muhammad, jika ada keburukan pada diri sendiri…Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan…CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA…BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU…~amin~

aduh MRSM….

Rabu berbuka puasa dengan geng syarikat,  Khamis nak berbuka puasa dengan adik pulak. Pukul 7.00 p.m  lepas buat tempahan makanan dapat panggilan dari adik ipar yang berada di kampung.

” kak, tolong ambik kakak malam nie ” Adik ipar minta aku menjemput Amira anak buah yang kami panggil kakak.
“Apasal”
“Dia call katanya cikgu bagi balik pulak”
“Lor, malam-malam baru bagi kebenaran balik ker?”

Malam tu lepas berbuka kami bergegas ke MRSM Kepala Batas pulak. Yang ada adik beradik atau saudara mara ada berdekatan mungkin tiada masalah tapi yang jauh… alahai kesian mereka….

Itu belum cerita pasal cuti  angah lagi tu ….

dalam perjalanan aku call kakjie ” ha cuti angah dah tukar……. ”

issshhh kalau cuti angah dah tukar, cuti kakjie jugak bertukar (ehhhh dia ada cuti ker) nampaknya cuti aku pun kena tukar gak….

Trans Bintang

Ada sesiapa berminat …..

Time
November 5 at 9:30pm – November 10 at 12:30am

Location Kampung Sedim, Kulim kedah

Created By

More Info
::dijangkakan makan masa 5hari 4mlm.
::Tiada trek kelihatan. Sepanjang jalan kena menebas
::tempat limited berikutan trip ini tak boleh ramai,susah nak kawal.
::Kepuasan tahap Gaban.. gerenti puas.
::flora dan fauna yang tidak terusik
::Hanya yang serius digalakkan mengikuti trip ini.
::Pun begitu silalah war war kan pada kawan gunung lain juga.
::Beginner boleh ikut tapi mestilah cukup kelengkapan dan training secukupnya.

Cadangan Bermula di kampung Sedim ,kulim dan berakhir di Selama perak

Berikut adalah log2 Trans Bintang

1- http://9w2ggk.multiply.com/journal/item/11/Trans_Bintang_Dec_2005
2- http://outdoorfreak.blogspot.com/2007/11/trans-bintang-versi-gambar.html
3- http://kembarapkns.blogspot.com/2006/03/tran-gunung-bintangkedah.html
4- http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=12082
5- http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=2&t=933&sid=46d96544b398751fa6e8aa2501df2fa4&start=0
6- http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t29877.html
7- http://tashi1.multiply.com/photos/album/266/Tran_Gunung_Bintang_Selama_-_Kupang_24_-_30_Dec_2007
8- http://rodong287.multiply.com/photos/album/96/gunung_bintang
9- http://lilyelysha.multiply.com/photos/album/67/Transbintang-Gunung_Bintang_Selatan_Bintang_dan_Bintang_Utara
10- http://mukapecah8.fotopages.com/?entry=669107&back=http%3A%2F%2Fmukapecah8.fotopages.com%2F%3Fpage%3D13
11- http://tashi1.multiply.com/journal/item/165

Khasiat Stevia

Ini sambungan kisah percutian di Cameran Highland hujung bulan lepas. Tanaman nie aku jumpa kat Mardi Agro Farm.  Inilah dia rupa paras cik Stevia yang manis itu… produk yang sedang hangat dan laris di pasaran, yang boleh MENGGANTIKAN GULA!

Memang manis.. boleh dimakan begitu saja.

Stevia atau nama santifiknya Stevia Rebaudiana adalah spesis bunga matahari (Asteraceae) yang berasal dari Paraguay Amerika Selatan. Kerana kandungan gulanya sangat tinggi ianya diguna sebagi pemanis semulajadi bagi menggantikan gula tebu (ekstraknya 300 kali lebih manis dari gula biasa).  Antara khasiat stevia yang telah dikenalpasti adalah :

  • Dapat menurunkan kadar gula dalam darah seterusnya turunkan tekanan darah
  • Membantu sistem penhadaman
  • mengawal obesiti
  • mengatasi masalah insomnia
  • Diguna dalam produk kecantikan bagi melicin dan memutih kulit

tapi apapun ada juga keburukan bahan nie seperti : boleh dijenguk disini : Lovetoknow/stevia antaranya :

  • kajian menunjukkan tikus jantan yang diberi makan dos tinggi stevia selama 22 bulan, pengeluaran sperma berkurangan dan beratnya menurun seterusnya menyebabkan masalah pembiakan lain.
  • hamster betina yang diberi makan ektrak stevia dalam jumlah yang besar  memiliki keturunan yang sedikit dan lebih kecil.

errrrrkkkkkkk……… aku suka minum air kosong suam tanpa gula!

Tags:

Harapan Ramadhan

Ku mengharap Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna…

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

** Raihan & Man Bai

Salam Ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

MOGA SAMA-SAMA KITA MENDAPAT KEBERKATAN.

Marah : Geram tak professional langsung

kad plastik aku dicaj 2 kali oleh television siaran ulangan tu… aku dah buat komplain tapi sampai sekarang tak ada tindakan… sekurang-kurangnya call aku explain.. no telepon ada…

call bank ” kami bayar apa yang dituntut”

yer la boleh bawa ke hadapan jumlah tu tapi macam nie tak ada securiti la…  bayar lebih, bayar advance bukan dapat rebate pun… risau aku…

sudah kembali

hujung minggu baru2 aku g puncak itu lagi, tempat nyaman lagi sejuk tapi tak beku tu…

sempat betentang mata, bersua muka,  bertegur sapa tapi tak sempat beramah mesra dengan blogger kat puncak tu.. oz

sbb kali nie aku stay kat  SRK Tanah Rata… hanya beberapa meter dr istana hinggap dia. Percutian yg tak dirancang, bidan terjun yg dijemput meramaikan rombongan …. rombongan yg ditaja sepenuhnya.. freeeeeeeee…. aku tak kisah la stay kat mana janji leh tido lena…

nostalgia la…. dorm nie…

siap buat unggun api pembakaran terbuka lagi…

nantilah rajin aku story panjang.. nak g berladang pulak…

Fresh from farm

apa macam ….

o.k?

…>> sila tinggalkan komen anda, terima kasih.

:

:

:

:

:

:

:

Kitaran Hidup

Penat….

sarat…

…… >  sambut lah tangan ku kawan aku takut tenggelam…

WordPress Loves AJAX